Sejak memasuki fasa endemik, saya sudah mula gian nak berjalan ke negara lain. Plan asal sekadar ke Bali Indonesia kerana suami dan saya memang enjoy ke negara seberang dan plan ke Bali beberapa tahun lepas terpaksa dibatalkan kerana ancaman gunung berapi ketika itu.
Cuma bila melihat harga tiket, terasa ralat kerana lebih RM 1k untuk tiket pergi balik seorang, sedangkan pasca pandemik, harga tiket sekitar RM300-400 dan itupun dikira premium.
Sejujurnya kami sudah 2 kali ke bandar Paris pada tahun 2015 dan 2016/17 dan kami tidak merancang untuk kembali pada waktu terdekat. Tetapi itulah destinasi paling murah yang ada maka itulah menjadi pilihan.
Selepas membeli tiket seawal bulan 4, saya dan suami berbincang mengenai itinerary. Mulanya kami mahu ke Landon menaiki eurotrain kerana mahu ke Harry Potter studio. Kemudian saya cadangkan kami ke Italy dan Swiss. Tetapi memandangkan kami hanya ada 9 hari termasuk perjalanan, terasa rushing untuk city hopping begitu dan akhirnya kami decide untuk berjalan sekitar wilayah Normandy di Perancis.
Rasanya panjang sungguh mukadimah, nanti saya sambung di part yang seterusnya.

No comments:
Post a Comment